Latar Belakang


PENGENALAN


Pertubuhan Baitul Mahabbah,  (PPM-004-05-01112011) adalah sebuah pertubuhan dan juga badan bukan kerajaan (NGO) yang diluluskan pendaftarannya pada 11 Januari 2011 yang bermatlamat menaungi dan membela kebajikan dan pendidikan kepada anak-anak yang terdiri daripada golongan anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal, warga emas, golongan istimewa atau kurang upaya (OKU) serta golongan yang layak menerima zakat (8 golongan asnaf zakat).

Pertubuhan ini juga menaungi sebuah Pusat Jagaan Baitul Mahabbah yang menyediakan pusat jagaan berkediaman, pusat kebajikan dan pendidikan yang menaungi anak-anak  yang berumur dar 7 hingga 12 tahun yang terdiri daripada golongan anak yatim, fakir miskin dan asnaf zakat.

Kami memulakan operasi sejak Julai 2008 dengan menyewa Lot Banglo di No.9, Jalan RK 5/7, Rasah Kemayan Seremban, 70300 Negeri Sembilan Darul Khusus.



JUSTIFIKASI

Sejarah telah membuktikan bahawa di mana Rasulullah SAW sendiri dikenali sebagai anak yatim. Malahan kebanyakan orang Tuhan seperti Rasul-rasul dan Nabi-nabi sejak kecil lagi dipisahkan daripada ibu dan bapa.

Ini adalah kerana orang yang dibesarkan oleh ibu bapa selalunya bersandar semata-mata dengan ibu dan ayahnya menyebabkan dia terlupa untuk bersandar dengan Tuhan. Oleh kerana itulah maka orang Tuhan telah Tuhan pisahkan daripada ibu dan bapa supaya dia kuat bersandar dengan Tuhan.

Kalaupun ibu dan bapanya tidak mati seperti Nabi Yusuf tetapi dia tetap terpisah daripada ibu dan bapanya selama 40 tahun. Malahan para Imam, seperti Imam Syafie dan Imam Ghazali juga telah terpisah daripada ibu dan bapanya semenjak kecil lagi. Oleh itu menjadi anak yatim bukan satu penghinaan tetapi Tuhan hendak muliakan.



MATLAMAT

  • Memberi pendidikan lahiriah dan batiniah terutama pembangunan rohaniah dalam menanamkan jiwa tauhid dan pegangan yang kuat kepada ALLAH swt agar terbangunannya ROH dan JIWA yang kuat jati dirinya yang mana satu hari nanti mampu berdikari tanpa bergantung kepada manusia.
  • Membina dan melahirkan generasi yang mempunyai peribadi mulia dan berakhlak tinggi, berkasih sayang dan berupaya menyelamatkan diri, keluarga dan masyarakat.
  • Menyediakan segala Keperluan hidup dan pendidikan agar dapat menjalani kehidupan yang lebih sempurna


KONSEP PENUBUHAN


Mengapa Baitul Mahabbah ditubuhkan ?

Belatar belakangkan menjadi anak yatim sejak berumur sembilan tahun telah mendorong hati nurani untuk menubuhkan Baitul Mahabbah dengan tujuan membela nasib golongan ini.

Memilih nama Baitul Mahabbah bermaksud Rumah Kasih Sayang dengan hasrat dapat memberi sepenuh kasih sayang dalam mendidik dan mengasuh anak-anak ini. Pengalaman menjadi anak yatim telah mengajar beliau mengenal erti berdikari dan erti sebuah kehidupan. Pengalaman inilah yang dikongsikan bersama mereka agar mereka terus menerus membaiki diri dan kehidupan seterusnya agar suatu masa nanti mereka juga dapat membela golongan yang senasib dengan mereka.



Lokasi / Alamat Penempatan PJBM

Lokasi Penempatan Baitul Mahabbah


Baitul Mahabbah mempunyai 3 buah asrama, secara keseluruhan, jumlah mereka terdiri daripada 47 orang kanak-kanak dan remaja :








  1. Asrama Puteri
Penempatan bagi 14 orang asnaf zakat yang berumur dari 7-12 tahun
Alamat : No. 28 Jalan RK 4/7, Rasah Kemayan, Seremban 2, 70300, Seremban, Negeri Sembilan

  1. Asrama Putera Tahap Satu
Penempatan bagi 12 orang asnaf zakat yang berumur dari 7-9 tahun
Alamat : No. 108, Jalan Arowana 8, Taman Arowana Impian, 70300, Seremban 2, Negeri Sembilan.

  1. Asrama Putera Tahap Dua
Penempatan bagi 12 orang asnaf zakat yang berumur dari 10-12 tahun
Alamat : No. 208, Jalan Arowana 8, Taman Arowana Impian, 70300, Seremban 2, Negeri Sembilan.

*Selain itu Pusat Jagaan ini juga menaungi anak-anak asnaf zakat yang berumur 4-6 tahun seramai 30 orang yang masih dibawah jagaan ibu bapa mereka. Mereka dibawah asuhan Tadika Raudhatun Nur, Garden Homes, 70300, Seremban 2, Negeri Sembilan. 

Organisasi PJBM



Pendidikan

Pendidikan di Baitul Mahabbah



Jadual Harian Pelajar 
PUSAT JAGAAN BAITUL MAHABBAH
Sekolah Sesi Pagi

5;30 pagi
Bangun Solat Subuh
Kemas Asrama
Mengaji
Sarapan
7;00 pagi
Pergi Sekolah
1;10 tengahari
Pulang Dari Sekolah
Siap solat Zohor
Makan Tengahari
Kelas Bimbingan (Kafa)
Rehat
4;30 ptg
Solat Asar
Minum petang
Bermain di padang / aktiviti bebas
6;30 ptg
Mandi/Bersiap untuk solat Magrib
Mengaji & Makan Malam
8;30 mlm
Solat Isya’
Ulangkaji
10;00 mlm
Tidur


A) Aktiviti Harian :

1. Kelas Pengajian dan Bimbingan Agama :

  • Kelas Hafazan Al-Quran
  • Kelas Fiqh, Bahasa Arab, Tafsir, Hadis, Sirah, Aqidah, Tasawwuf, Khat
  • Kelas Praktikal Tajwid dan Ilmu Al-Quran

2. Kelas Tuisyen Akademik

  • Matematik, Sains, Sejarah
  • Bahasa Malaysia
  • English



B) Aktiviti Mingguan

  • Latihan Syarahan dan Motivator
  • Praktikal Solat dan Fardhu Ain
  • Nasyid dan Kebudayaan

Aktiviti & Perkhidmatan



AKTIVITI PERTUBUHAN


Antara aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan oleh pertubuhan ini ialah:
  • Menaungi anak-anak golongan anak Yatim, fakir miskin, asnaf zakat dan ibu tunggal.
  • Menjadi pusat pengumpulan sumbangan keperluan dan bantuan untuk disalurkan kepada mereka yang kurang bernasib baik dan serba kekurangan
  • Mengadakan kelas fardhu ain, kelas kemahiran dan motivasi serta khidmat kaunseling.
  • Mengadakan kelas tuisyen akademik seperti Bahasa Inggeris, Matematik dan sebagainya bagi meningkatkan kecemerlangan akademik setiap hujung minggu.
  • Mengadakan persembahan kebudayaan di majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi.
  • Menganjurkan rehlah sebagai suatu hiburan dan berekreasi untuk pengisian rohani dan membangunkan jiwa mereka.
  • Membuat jualan amal pelbagai produk makanan dan lain-lain bagi menampung keperluan pusat jagaan yang dinaungi.

Pertubuhan Baitul Mahabbah juga telah mengorak  langkah untuk mengambil tanggungjawab terhadap anak-anak pusat jagaan dibawah naungan pertubuhan ini yang semakin hari semakin meningkat usia menjadi remaja-remaja yang perlu diberi kamahiran dan  latihan-latihan untuk berdikari apabila keluar dari pusat jagaan ini.

Kami sangat mengalu-alukan kepada semua pihak untuk turut serta membantu dan membahu samada dalam bentuk kewangan, latihan, peralatan mahupun menyediakan tempat latihan kemahirankepada remaja-remaja di bawah pusat jagaan pertubuhan ini.


Bantuan yang diperlukan

BANTUAN YANG DIPERLUKAN

Antara sumbangan dan bantuan yang diperlukan oleh Pertubuhan ini ialah;

1. Kewangan untuk menampung kos pengurusan, (atau tajaan sewa rumah asrama dan bil utiliti).


2. Kenderaan seperti kereta untuk pengurusan dan van untuk pengangkutan ke sekolah, program-program jemputan dan rehlah

3. Barangan elektrik seperti pemanas air, water dispenser, kipas angin,Peti sejuk , mesin basuh, seterika, periuk nasi , dapur gas dll.

4. Kelengkapan ibadah seperti pakain , songkok , telekung ,
kain pelikat , kain sembahyang dll.

5.
Pakaian rasmi utk menghadiri program –program jemputan , pakain nasyid utk jemputan persembahan kebudayaan, percusssion, pakaian sukan dll.


6. Kelengkapan pengurusan , pentadbiran dan pendidikan Computer , printer , mesin fax , air cond , vcd player , projector, skrin alat tulis , white board, Buku tulis dll

7.
Kelengkapan diri sabun mandi , sabun basuh , ubat gigi, shampoo, tuala mandi,bedak, minyak wangi, minyak rambut dll.


8. Kelengkapan rumah dan dapur Almari, Rak buku, rak kasut, Ampaian kain, hanger, bakul, periuk, kuali, sudip, sudu, cawan, pinggan, penyapu, pewangi tandas, sabun lantai, Mop, sabun basuh pinggan,clorox , plastik sampah, kertas tisu dll.

9.
Kelengkapan tidur tilam, toto,bantal, selimut, cadar, sarung bantal dll.


10. Bahan makanan asas, barang mentah dan keperluan harian ialah:-

  • Beras, gula, garam, tepung, minyak masak
  • Susu pekat, susu tepung, milo, teh, kopi
  • Bawang besar, bawang putih, halia, cili kering, rempah ratus, ubi kentang, kekacang, santan kotak, asam keping,asam jawa
  • Kicap, sos tomato, sos cili, tiram, sardin, bilis, telur, ikan masin
  • Bihun, laksa, mee kuning
  • Roti & biskut, kek, majerin, kaya
  • Ikan, ayam, daging, sayur-sayuran, buah-buahan
  • Gas untuk memasak
11. Aset seperti Tanah, Rumah/ Rumah Kedai yang boleh diwakafkan untuk dibina / dijadikan asrama ataupun kompleks Baitul Mahabbah.



Untuk Sumbangan barangan atau makanan bolehlah dihantar terus ke asrama kami atau sila hubungi kami untuk mengambilnya di tempat anda.




Borang Sumbangan / Derma / Zakat