Kesusahanku

Kesusahanku di masa kecilku
mengenalkan aku erti penderitaaan
kerana itulah aku tidak boleh
mendengar orang menderita
aku suka sekali menolong mereka

kematian ibuku diwaktu kecilku menginsafkan aku
betapa sedihnya orang tak beribu kerana itulah
aku simpati kanak-kanak yang tidak beribu
inginnya aku menghiburkannya
inginnya aku mengembirakannya

kesusahanku di dalam kehidupan
di dalam semua aspek pengalaman
di dalam makan minum
di dalam tempat tinggal
di dalam berpakaian menjadikan aku
sensitif dengan penderitaaan orang

Rupanya pengalaman di dalam kehidupan
banyak pengajaran dan juga didikan
banyak menyedarkan dan menginsfkan
sangat berguna buat perjuangan masa depan

Itulah hikmahnya aku tidak mendapat pelajaran tinggi
kerana keadaan kehidupan yang susah selalu menghalang
tapi aku berpeluang belajar dengan kehidupan
di sinilah aku dapat ilmu dan pengalaman