Kasih Sayang

Raikan Ramadhan & Syawal - Menghimpun Berkat Mengagihkan Nikmat


RAMADHAN adalah bulan yang dirindui oleh seluruh umat Islam yang menagih kelebihan yang ada pada bulan yang mulia ini. Ramadhan bulan rahmat dan keampunan. Bulan yang membuatkan umat Islam berlumba-lumba melakukan ibadah sedekah kerana meyakini akan pahala yang berlipat kali ganda. 

2.         Sayyidatina Aisyah (r.a) berkata; “Rasulullah S.A.W jika masuk bulan Ramadhan membebaskan setiap tawanan dan memberi kepada setiap orang yang meminta” - Riwayat Al-Baihaqi.

 “Puasa itu merupakan perisai bagi seseorang dari api neraka, sebagaimana perisai dalam peperangan” - Hadith riwayat Ahmad, An-Nasa’i dan Ibnu Majah


Meyakini keberkatan pada bulan Ramadhan yang mulia ini, PERTUBUHAN BAITUL MAHABBAH meneruskan usaha menganjurkan program SINAR  RAMADHAN yang merupakan satu inisiatif murni bagi meraikan rumah-rumah amal dibawah naungan kami, antaranya seperti berikut :

1. Pusat Jagaan Baitul Mahabbah  (7 hingga 12 tahun) 36 orang dan 10 staf
3. Rumah Jagaan Baitul Mahabbah (Remaja Perempuan) 21 orang
4. Rumah persendirian (Warga Emas)  7 orang
5. Rumah persendirian (Ibu Tunggal, anak yatim dan asnaf zakat) 40 keluarga       
        

3.         Di sepanjang bulan Ramadhan ini pihak PERTUBUHAN BAITUL MAHABBAH akan menyediakan makanan untuk berbuka puasa, moreh selepas solat Terawih dan bersahur kepada lebih 120 orang anak-anak yatim, miskin dan anak-anak asnaf zakat di  rumah amal di bawah naungan kami.

Bagi jiwa-jiwa yang sentiasa mengintai peluang menabur saham untuk membuat infaq atau sedekah bolehlah bersama-sama memberi sokongan dan bantuan kepada usaha ini dalam berbagai-cara:

(a) Memperpanjangkan mesej ini kepada badan-badan koporat dan individu.
(b) Menaja majlis berbuka puasa dan sahur.
(c) Menghulurkan bantuan untuk keperluan Hari Raya samada dalam bentuk barangan atau kewangan.


4.         Di antara sumbangan yang boleh dihulurkan ialah:

  1. Zakat, Fidyah dan sedekah
  2. Tajaan berbuka puasa
  3. Jemputan berbuka puasa / Rumah terbuka
  4. Pakaian Raya (baju kurung,baju melayu,songkok,tudung,kasut dll)
  5. Kuih Raya / Hamper
  6. Duit Raya
  7. Sumbangan keperluan dan persiapan hari raya untuk Baitul Mahabbah.(langsir, carpet, sofa dan lain-lain.)


5.   KEMUDAHAN MENYUMBANG

(a) Bagi penyumbang yang ingin menghulurkan sumbangan dalam bentuk cek dan mahu pihak kami sendiri mengambilnya, cek tersebut hendaklah dibuat atas nama dan akaun berikut:



    PUSAT JAGAAN BAITUL MAHABBAH:
BANK ISLAM: 05012010067290


(b)Penyumbang juga boleh datang sendiri ke tempat kami dengan menghubungi wakil-wakil kami seperti yang dinyatakan.

     (c)Sila emailkan maklumat sumbangan anda kepada: baitulmahabbah@yahoo.com atau maklumkan sumbangan anda samada menghubungi terus atau mengirim sistem pesanan ringkas (SMS) atau whatsapp kepada wakil kami.

6.         Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat kami di talian 06-631 2445 atau menghubungi wakil-wakil kami seperti berikut:


(a)  Pn. Noraini bt. Yaakob:               018-3973727
(b)  Pn. Siti Hajar bt. Ismail.             018-11681472

Kami sebagai pihak PERTUBUHAN BAITUL MAHABBAH mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan dan sumbangan anda. Semoga Allah swt memberkati usaha-usaha kita.

Sekian. Terima kasih. 
MEMOHON SUMBANGAN / TAJAAN KENDERAAN (VAN) UNTUK KEGUNAAN HARIAN ANAK-ANAK PUSAT JAGAAN BAITUL MAHABBAH.
                                        
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Pertubuhan Baitul Mahabbah adalah sebuah pertubuhan kebajikan yang memberi khidmat pusat jagaan, kebajikan, bimbingan dan pendidikan Islam yang menaungi lebih 70 orang dari golongan asnaf zakat termasuk anak yatim, fakir miskin, OKU, Ibu Tunggal dan golongan yang layak menerima zakat.

2.         Pusat Jagaan Baitul Mahabbah telah mula beroperasi pada Julai 2008. Kami menguruskan tiga buah asrama yang menempatkan pelajar sekolah rendah dan prasekolah yang terdiri daripada 27 orang pelajar lelaki 25 orang pelajar perempuan yang di daftarkan dibawah Pertubuhan Baitul Mahabbah.

3.         Untuk pengetahuan pihak Dato’/ Datin/  Tuan/ Puan, kami memerlukan kenderaan tersebut untuk tujuan berikut :
                                                                   
a)      Penghantaran pergi dan balik anak-anak sekolah rendah dan prasekolah lelaki dan perempuan ke sekolah kebangsaan.(Seramai 34 orang )

b)      Penghantaran pergi dan balik anak-anak REMAJA lelaki dan perempuan dari kediaman asrama ke pusat latihan kemahiran (Seramai 20 orang )

c)      Penghantaran anak-anak pusat jagaan pergi ke program dan aktiviti di luar kawasan kediaman asrama seperti rehlah, jemputan kenduri dan aktiviti kebudayaan.

4.         Oleh yang demikian, kami amat mengalu-alukan sumbangan Dato’/ Datin/  Tuan/ Puan untuk membantu membiayai kebajikan anak-anak dibawah jagaan kami ini  sebagai tanda sokongan dan bantuan dalam menguruskan kerja amal ini. Sehubungan dengan itu, pihak Dato’/ Datin/  Tuan/ Puan boleh membuat sumbangan atau tajaan dengan kaedah seperti berikut:

a)      Bagi penyumbang yang ingin menghulurkan sumbangan dalam bentuk cek dan mahu pihak kami sendiri mengambilnya, cek tersebut hendaklah dibuat atas nama dan akaun berikut:

PERTUBUHAN BAITUL MAHABBAH:
MALAYAN BANKING BHD (MAYBANK): 555171513450

PERTUBUHAN KEBAJIKAN  BAITUL MAHABBAH:
BANK SIMPANAN NASIONAL:  05100-41-00017744-6

PUSAT JAGAAN BAITUL MAHABBAH:
BANK ISLAM: 05012010067290

b)      Penyumbang juga boleh datang sendiri ke tempat kami dengan menghubungi wakil-wakil kami seperti yang dinyatakan.

(c) Sila emailkan maklumat sumbangan anda kepada: baitulmahabbah@yahoo.com atau maklumkan sumbangan anda samada menghubungi terus atau mengirim sistem pesanan ringkas (SMS) atau whatsapp kepada wakil kami.

6.         Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat kami di talian 06-631 2445 atau menghubungi wakil-wakil kami seperti berikut:


(a)  Pn. Noraini bt. Yaakob:                 018-397 3727

(b)  
Pn. Siti Hajar binti Ismail.             018-310 3127

Kami sebagai pihak PERTUBUHAN BAITUL MAHABBAH mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan dan sumbangan anda. Semoga Allah swt memberkati usaha-usaha kita.