MEMOHON SUMBANGAN / TAJAAN KENDERAAN (VAN) UNTUK KEGUNAAN HARIAN ANAK-ANAK PUSAT JAGAAN BAITUL MAHABBAH.
                                        
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Pertubuhan Baitul Mahabbah adalah sebuah pertubuhan kebajikan yang memberi khidmat pusat jagaan, kebajikan, bimbingan dan pendidikan Islam yang menaungi lebih 70 orang dari golongan asnaf zakat termasuk anak yatim, fakir miskin, OKU, Ibu Tunggal dan golongan yang layak menerima zakat.

2.         Pusat Jagaan Baitul Mahabbah telah mula beroperasi pada Julai 2008. Kami menguruskan tiga buah asrama yang menempatkan pelajar sekolah rendah dan prasekolah yang terdiri daripada 27 orang pelajar lelaki 25 orang pelajar perempuan yang di daftarkan dibawah Pertubuhan Baitul Mahabbah.

3.         Untuk pengetahuan pihak Dato’/ Datin/  Tuan/ Puan, kami memerlukan kenderaan tersebut untuk tujuan berikut :
                                                                   
a)      Penghantaran pergi dan balik anak-anak sekolah rendah dan prasekolah lelaki dan perempuan ke sekolah kebangsaan.(Seramai 34 orang )

b)      Penghantaran pergi dan balik anak-anak REMAJA lelaki dan perempuan dari kediaman asrama ke pusat latihan kemahiran (Seramai 20 orang )

c)      Penghantaran anak-anak pusat jagaan pergi ke program dan aktiviti di luar kawasan kediaman asrama seperti rehlah, jemputan kenduri dan aktiviti kebudayaan.

4.         Oleh yang demikian, kami amat mengalu-alukan sumbangan Dato’/ Datin/  Tuan/ Puan untuk membantu membiayai kebajikan anak-anak dibawah jagaan kami ini  sebagai tanda sokongan dan bantuan dalam menguruskan kerja amal ini. Sehubungan dengan itu, pihak Dato’/ Datin/  Tuan/ Puan boleh membuat sumbangan atau tajaan dengan kaedah seperti berikut:

a)      Bagi penyumbang yang ingin menghulurkan sumbangan dalam bentuk cek dan mahu pihak kami sendiri mengambilnya, cek tersebut hendaklah dibuat atas nama dan akaun berikut:

PERTUBUHAN BAITUL MAHABBAH:
MALAYAN BANKING BHD (MAYBANK): 555171513450

PERTUBUHAN KEBAJIKAN  BAITUL MAHABBAH:
BANK SIMPANAN NASIONAL:  05100-41-00017744-6

PUSAT JAGAAN BAITUL MAHABBAH:
BANK ISLAM: 05012010067290

b)      Penyumbang juga boleh datang sendiri ke tempat kami dengan menghubungi wakil-wakil kami seperti yang dinyatakan.

(c) Sila emailkan maklumat sumbangan anda kepada: baitulmahabbah@yahoo.com atau maklumkan sumbangan anda samada menghubungi terus atau mengirim sistem pesanan ringkas (SMS) atau whatsapp kepada wakil kami.

6.         Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat kami di talian 06-631 2445 atau menghubungi wakil-wakil kami seperti berikut:


(a)  Pn. Noraini bt. Yaakob:                 018-397 3727

(b)  
Pn. Siti Hajar binti Ismail.             018-310 3127

Kami sebagai pihak PERTUBUHAN BAITUL MAHABBAH mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan dan sumbangan anda. Semoga Allah swt memberkati usaha-usaha kita.