MEMOHON SUMBANGAN PAKAIAN DAN PERALATAN SEKOLAH UNTUK ANAK- ANAK PUSAT JAGAAN BAITUL MAHABBAH SEREMBAN 2.

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Adalah dengan rendah hatinya, kami dari PUSAT JAGAAN BAITUL MAHABBAH yang bertempat di Rasah Kemayan Seremban 2 ingin memohon sumbangan daripada semua pihak agar sudi menaja pakaian dan peralatan sekolah sempena sesi persekolahan yang akan datang tidak lama lagi. 
 
3.         Kami amat berharap agar pihak tuan sudi membantu anak-anak yang kurang berkemampuan ini agar dapat sama-sama belajar dengan tenang dan terurus sebagaimana insan yang lebih mampu. 

4.      Sumbangan kewangan juga sangat dialu-alukan untuk menyelesaikan yuran persekolahan mereka. Pihak tuan boleh menggunakan akaun berikut di atas nama:
       
PERTUBUHAN KEBAJIKAN  BAITUL MAHABBAH:
BANK SIMPANAN NASIONAL:  05100-41-00017744-6

PUSAT JAGAAN BAITUL MAHABBAH:
BANK ISLAM: 05012010067290

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh menghubungi wakil kami seperti berikut:
(a) Pn. Noraini bt. Yaakob  : 018-3973727
(b) Pn. Siti Hajar bt. Ismail : 018-3103127

5.         Segala kerjasama dan sumbangan pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga Allah menerima segala amalan kita ini sebagai amalan soleh dan di tempatkan kita dalam golongan orang yang bertaqwa. 

Semoga dengan segala usaha amal ini akan diberkati oleh Allah.

Sekian. Terima kasih.

tt ibu aniYang benar,

Noraini bt Yaakob
Pengurus,
Pusat Jagaan Baitul Mahabbah