Assalamualaikum wbt/ Salam sejahtera                                                                                                                                          
Y.bhg Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MENYAMBUT RAMADHAN DAN SYAWAL

Merujuk perkara diatas.

2.        Untuk pengetahuan pihak tuan, PERTUBUHAN BAITUL MAHABBAH (PPM-004-05-01112011) (PBM) merupakan  sebuah pertubuhan yang menguruskan pusat jagaan berkediaman dan pusat latihan kemahiran yang berkonsepkan kebajikan dan menempatkan pelajar dan pelatih  yang terdiri dari kalangan anak yatim, fakir miskin, golongan asnaf  zakat dan anak-anak yang perlukan pembelaan yang berumur 6 tahun hingga 25 tahun. Pertubuhan ini juga menaungi OKU, Ibu Tunggal dan Warga emas yang dipilih di sekitar Seremban 2.

           Antara pusat jagaan yang kami naungi dikenali sebagai Pusat Jagaan Baitul Mahabbah (PJBM ) iaitu sebuah rumah kebajikan dan pendidikan yang menaungi anak-anak fakir miskin, asnaf  zakat, anak yatim, dan golongan yang memerlukan bantuan. Pusat jagaan ini mula beroperasi pada tahun 2008.  Kini PJBM telah beroperasi selama  6 tahun.

3.         Oleh itu, sempena menyambut bulan Ramadhan tidak lama lagi dan seterusnya Syawal pada tahun ini, kami sangat mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari tuan/ puan agar sudi mengambil saham akhirat dalam memberi apa jua bentuk sumbangan.

Antara sumbangan yang diperlukan adalah samada dalam bentuk:
       i.        Pakaian seragam program dan pakaian raya (baju, kasut, songkok, tudung)
      ii.        Kuih raya, makanan basah atau kering
     iii.        Dana untuk Pertubuhan mahupun duit raya kepada penghuni di Pusat Jagaan Baitul Mahabbah.
                                                                                                                                                    
4.         Untuk pengetahuan pihak tuan, sumbangan kewangan juga boleh dimasukkan ke akaun berikut di atas nama:

PERTUBUHAN KEBAJIKAN  BAITUL MAHABBAH:
BANK SIMPANAN NASIONAL:  05100-41-00017744-6

      PUSAT JAGAAN BAITUL MAHABBAH
BANK ISLAM: 05012010067290

            Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat kami di talian:
            06-631 2445 atau menghubungi wakil-wakil kami seperti berikut:

(a)  Pn. Siti Hajar binti Ismail  :        018-3103 127
(b)  Pn. Noraini bt. Yaakob       :      018-3973 727

5.         Segala sumbangan, keprihatinan dan kerjasama dari pihak tuan kami dahulukan dengan jutaan terima kasih. Moga-moga usaha murni ini dapat memberi pembelaan, kasih sayang, perlindungan dan makan minum yang mencukupi kepada anak-anak anugerah Tuhan ini. Mereka sentiasa mendoakan tuan puan para dermawan sekalian. Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa baik ini dengan nilaian terbaik di sisi Allah seterusnya menjadi saham untuk kita di akhirat nanti. Insya Allah

Sekian. Terima Kasih,


“Pendidikan dan Kebajikan Penyelesai Masalah Sejagat”