MEMOHON SUMBANGAN/ TAJAAN UNTUK KEPERLUAN SESI PERSEKOLAN 2016

Assalamualaikum wbt/ Salam sejahtera

PERTUBUHAN BAITUL MAHABBAH (PPM-004-05-01112011) (PBM) merupakan sebuah pertubuhan yang menguruskan pusat jagaan berkediaman dan pusat latihan kemahiran yang berkonsepkan kebajikan dan menempatkan pelajar dan pelatih yang terdiri dari kalangan anak yatim, fakir miskin, golongan asnaf zakat dan anak-anak yang perlukan pembelaan yang berumur 6 tahun hingga 12 tahun.

Memandangkan sesi persekolahan hampir tiba, banyak keperluan yang perlu diselesaikan dengan segera, tetapi pihak pengurusan belum dapat berbuat demikian berikutan sumber kewangan yang belum mencukupi. Oleh yang demikian, kami amat mengalu-alukan sumbangan anda untuk membantu membiayai kebajikan anak-anak dibawah jagaan kami ini sempena pembukaan sesi persekolahan yang akan bermula pada Januari 2016 sebagai sokongan dan bantuan dalam menguruskan kerja amal ini.

Sehubungan dengan itu, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan atau tajaan dalam bentuk barang-barang yang sangat diperlukan seperti berikut:

a) Pakaian sekolah rendah
b) Buku latihan & Alatulis
c) Kasut & Beg sekolah
d) Buku Rujukan
       e) Kewangan (untuk urusan yuran persekolahan dan lain-lain keperluan asrama dan pentadbiran).



Untuk pengetahuan semua pihak , sumbangan kewangan tersebut boleh dimasukkan ke akaun berikut di atas nama:

PERTUBUHAN BAITUL MAHABBAH:
MALAYAN BANKING BHD (MAYBANK): 555171513450

PUSAT JAGAAN BAITUL MAHABBAH
BANK ISLAM: 05012010067290

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat kami di talian
06-631 2445 atau menghubungi wakil-wakil kami seperti berikut:

(a) Pn. Noraini bt. Yaakob : 018-3973 727
(b) Pn. Siti Hajar binti Ismail : 018-3103 127

Segala sumbangan, keprihatinan dan kerjasama dari semua pihak, kami dahulukan dengan jutaan terima kasih. Moga-moga usaha murni ini dapat memberi pembelaan, kasih sayang, perlindungan dan makan minum yang mencukupi kepada anak-anak anugerah Tuhan ini. Mereka sentiasa mendoakan para dermawan sekalian. Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa baik ini dengan nilaian terbaik di sisi Allah seterusnya menjadi saham untuk kita di akhirat nanti. Insya Allah

Sekian. Terima Kasih,

Pendidikan dan Kebajikan Penyelesai Masalah Sejagat”