Assalamualaikum wbt/ Salam sejahtera                                                                                                                                        
Y.bhg Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MENYAMBUT RAMADHAN DAN SYAWAL

Dengan sukacitanya perkara diatas adalah di rujuk.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, PERTUBUHAN BAITUL MAHABBAH (PPM-004-05-01112011) (PBM) merupakan  sebuah pertubuhan yang menguruskan pusat jagaan berkediaman dan pusat latihan kemahiran yang berkonsepkan kebajikan dan menempatkan pelajar dan pelatih  yang terdiri dari kalangan anak yatim, fakir miskin, golongan asnaf  zakat dan anak-anak yang perlukan pembelaan yang berumur 2 tahun hingga 25 tahun.  (Lampiran 1)

3. Oleh itu, sempena menyambut bulan Ramadhan tidak lama lagi dan seterusnya Syawal pada tahun ini, kami sangat mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari tuan/ puan agar sudi mengambil saham akhirat dalam memberi apa jua bentuk sumbangan. Antara sumbangan yang diperlukan adalah seperti di dalam lampiran yang disediakan.

4. Untuk pengetahuan pihak tuan, sumbangan kewangan juga boleh dimasukkan ke akaun berikut di atas nama:

i. PERTUBUHAN BAITUL MAHABBAH:
      MALAYAN BANKING BHD (MAYBANK) :  555171513450

ii. PUSAT JAGAAN BAITUL MAHABBAH
                                BANK ISLAM (M) BHD : 05012010067290

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat kami di talian
06-631 2445 atau menghubungi wakil-wakil kami seperti berikut:

(a)  Pn. Siti Hajar binti Ismail   : 018 - 3103 127
(b)  Pn. Noraini bt. Yaakob       : 011 - 1067 7346


5. Segala sumbangan, keprihatinan dan kerjasama dari pihak tuan kami dahulukan dengan jutaan terima kasih. Moga-moga usaha murni ini dapat memberi pembelaan, kasih sayang, perlindungan dan makan minum yang mencukupi kepada anak-anak anugerah Tuhan ini. Mereka sentiasa mendoakan tuan puan para dermawan sekalian. Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa baik ini dengan nilaian terbaik di sisi Allah seterusnya menjadi saham untuk kita di akhirat nanti. Insya Allah. Sekian. Terima Kasih,

“Pendidikan dan Kebajikan Penyelesai Masalah Sejagat”

Yang benar,

(SITI HAJAR BT ISMAIL)
Setiausaha
Pertubuhan Baitul Mahabbah
Negeri Sembilan

s.k: Pengerusi
Pertubuhan Baitul Mahabbah
Negeri Sembilan


(*Untuk pengetahuan pihak tuan,  setiap sumbangan  tunai melebihi RM 1,000.00 ke atas layak menerima resit pengecualian cukai pendapatan dibawah naungan Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan  Perubatan Malaysia didaftar  dibawah seksyen 7, Akta Pertubuhan 1966 (No Pendaftaran 4700/09).

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lampiran 1

Senarai bilangan Asnaf zakat mengikut kategori yang bernaung di bawah Pertubuhan Baitul Mahabbah adalah seperti berikut:

Kanak-kanak dari umur 2 hingga 4 tahun : 21 orang

Lelaki : 13
Perempuan  : 8

Kanak-kanak dari umur 5 hingga 6 tahun : 12 orang

Lelaki : 5
Perempuan  : 7

Kanak-kanak dari umur 7 hingga 12 tahun : 36 orang

Lelaki : 20
Perempuan : 16

Remaja insaf dari umur 13 hingga 20 tahun : 25 orang

Lelaki : 15
Perempuan  : 10

Ibu tunggal dan warga emas dan OKU : 10 orang

Lelaki : -
Perempuan  : 10

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lampiran 2

Keperluan Ramadhan dan Syawal

Untuk makluman semua, PERTUBUHAN BAITUL MAHABBAH akan menyediakan makanan untuk berbuka puasa, moreh selepas solat Terawih dan bersahur kepada lebih 50 orang anak-anak yatim, fakir miskin dan anak-anak asnaf zakat di pusat jagaan kami sepanjang bulan Ramadhan bertamu pada tahun ini. Oleh yang demikian itu kami amat berharap pelbagai pihak dapat membantu kami dalam menyempurnakan tanggungjawab terhadap golongan yang memerlukan pembelaan ini.

Di antara sumbangan yang boleh dihulurkan ialah:

  • Zakat, Fidyah dan sedekah
  • Tajaan berbuka puasa / Jemputan berbuka puasa / Rumah terbuka
  • Tajaan moreh dan sahur


Pakaian Raya 

  • Baju Kurung,
  • Baju Melayu,
  • Songkok,
  • Tudung
  • Kasut 
  • Kuih Raya / 
  • Hamper Raya
  • Duit Raya


Sumbangan keperluan dan persiapan hari raya untuk Baitul Mahabbah.

  • Langsir
  • Carpet
  • Sofa 
  • Dan Lain-Lain.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Lampiran 3

Pihak pertubuhan juga sangat mengharapkan andai ada pihak yang ingin menaja keperluan perbelanjaan Pusat Jagaan kami mana-mana seperti yang berikut: 

Keperluan perbelanjaan bulanan

Asrama Perempuan
Sewa bulanan : RM 900
Bil Api : RM 200
Bil Air : RM 200

Asrama Lelaki Tahap 1
Sewa bulanan : RM 700
Bil Api : RM 200
Bil Air : RM 200
Asrama Lelaki Tahap 2
Sewa bulanan : RM 850
Bil Api : RM 200
Bil Air : RM 200

Kenderaan (Sebuah Van)

Bayaran bulanan        : RM 1100 
Penyelenggaraan  bulanan     : RM 300 
Petrol bulanan                : RM 1000 

(* Kami sangat memerlukan tajaan van atau coaster untuk menampung bilangan anak-anak yang semakin meningkat di pusat jagaan kami)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lampiran 4

Keperluan Umum 
  • Kelengkapan diri sabun mandi , sabun basuh , ubat gigi, shampoo, tuala mandi,
bedak, minyak wangi, minyak rambut dll.


Bahan makanan asas, barang mentah dan keperluan harian ialah:-
  •    Beras, gula, garam, tepung, minyak masak
  •    Susu pekat, susu tepung, milo, teh, kopi
  •    Bawang besar, bawang putih, halia, cili kering, rempah ratus, ubi kentang, kekacang, santan kotak, asam keping,asam jawa
  •    Kicap, sos tomato, sos cili, tiram, sardin, bilis, telur, ikan masin
  •    Bihun, laksa, mee kuning
  •    Roti & biskut, kek, majerin, kaya
  •    Ikan, ayam, daging, sayur-sayuran, buah-buahan
  •    Gas untuk memasak

Keperluan anak peringkat Nesri 
  • Lampin pakai buang
  • Susu formula
  • Vitamin atau suplement
  • Playhouse

Keperluan anak peringkat Tadika
  • Playhouse/ Playground
  • Perabot yang berkaitan dengan tadika
  • Alatulis dan whiteboard

Keperluan anak peringkat Sekolah Rendah
  • Alat tulis 
  • Pensil 2B
  • Pemadam
  • Pengasah pensil
  • Gam 
  • Gunting
  • Drawing Block
  • Kamus (Inggeris - Melayu- Arab)
  • Buku rujukan untuk UPSR

Keperluan anak peringkat Remaja
  • Tuala Wanita 
  • Shaver

Keperluan peringkat Ibu tunggal dan warga emas dan OKU
  • Seperti keperluan Umum dan keperluan harian di lampiran 4
  • Bantuan kewangan atau tajaan (rumah sewa dan utiliti)
(* Kami berbesar hati memberi ruang dan peluang andai ada mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu yang ingin menaja mana-mana keperluan kami secara mingguan / bulanan / tahunan seperti lampiran yang di sebutkan di atas) Pihak penaja berhak memilih sendiri keperluan mana yang ingin ditaja. Kami sangat berharap agar usaha ini dapat meringankan tanggungjawab untuk menyelesaikan segala kebajikan dan keperluan golongan yang sangat memerlukan pembelaan ini daripada golongan dermawan yang pemurah. Moga ini adalah salah satu saham kita di akhirat nanti.)
JEMPUTAN KE MAJLIS SILATURRAHIM DAN PERASMIAN PUSAT JAGAAN BAITUL MAHABBAH

Adalah dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman pihak Tuan/ Puan, kami daripada Pertubuhan Baitul Mahabbah mewakili pihak Pusat Jagaan Baitul Mahabbah akan mengadakan Majlis Silaturrahim dan Majlis Perasmian Pusat Jagaan Baitul Mahabbah.

3. Dengan sukacitanya kami ingin menjemput tuan/puan untuk turut memeriahkan majlis kami yg akan diadakan seperti berikut:

Tarikh    : 3hb April 2016 (Ahad)
Masa     : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Pusat Jagaan Baitul Mahabbah
                                            No. 28, Jalan RK 4/7, Rasah Kemayan, 70300,
    Seremban 2, Negeri Sembilan.


4. Sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat kami di talian 06-631 2445 atau menghubungi wakil-wakil kami seperti berikut:

(a) Pn. Siti Hajar binti Ismail : 018 - 310 3127


(b) En. Abul Aliah b. Mohd Khomsin : 0 13 - 465 1321


5. Sumbangan untuk menjayakan program ini berbentuk wang tunai, makanan bermasak dan barang-barang keperluan dari berbagai pihak adalah di alu-alukan. Segala keprihatinan dan kerjasama dari pihak Tuan/ Puan, kami dahulukan dengan jutaan terima kasih.

Sekian. Terima Kasih.

Pendidikan dan Kebajikan Penyelesai Masalah Sejagat”
MOHON SUMBANGAN / TAJAAN DANA BAGI PERTUBUHAN BAITUL MAHABBAH



Adalah dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.



2. Untuk pengetahuan pihak Tuan, PERTUBUHAN BAITUL MAHABBAH (PPM-004-05-01112011) (PBM) merupakan sebuah pertubuhan yang menguruskan pusat jagaan berkediaman dan pusat latihan kemahiran yang berkonsepkan kebajikan dan menempatkan pelajar dan pelatih yang terdiri dari kalangan anak yatim, fakir miskin, golongan asnaf zakat dan anak-anak yang perlukan pembelaan yang berumur 6 tahun hingga 25 tahun. Disamping itu juga Pertubuhan ini menguruskan kebajikan bagi golongan yang tidak berkemampuan seperti golongan OKU, Ibu Tunggal dan Warga Emas yang tinggal di kediaman masing-masing sekitar Seremban 2 seramai lebih 100 orang yang berdaftar dengan Pertubuhan ini.



3. Selain itu juga Pertubuhan ini juga menaungi Pusat Jagaan Baitul Mahabbah (PJBM) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (N/ PJB KK 14/ 2015) iaitu sebuah pusat kebajikan dan pendidikan yang menaungi anak-anak fakir miskin, asnaf zakat, anak yatim, dan golongan yang memerlukan bantuan. Pusat jagaan ini mula beroperasi pada tahun 2008. Kini PJBM telah beroperasi selama 6 tahun dan telah menempatkan anak-anak seramai 34 orang kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur dari 7-12 tahun di Seremban 2, Negeri Sembilan.



4. Sehubungan dengan itu kami amat berbesar hati memohon sumbangan dana daripada pihak Tuan, bagi menampung keperluan pengurusan Pertubuhan dan Pusat Jagaan ini yang semakin meningkat. Senarai keperluan kewangan pertubuhan ini telah disertakan di dalam pamplet pertubuhan yang dilampirkan.



5. Kami sangat berharap agar pihak Tuan, dapat mempertimbangkan permohonan kami ini memandangkan dana yang ada belum cukup untuk menampung semua perbelanjaan termasuk overhead dan utiliti. Sebarang sumbangan bolehlah dimasukkan ke akaun berikut di atas nama:



PUSAT JAGAAN BAITUL MAHABBAH
BANK ISLAM (M) BERHAD : 05012010067290




PERTUBUHAN BAITUL MAHABBAH
MALAYAN BANKING BHD (MAYBANK) : 555171513450

6. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat kami di talian 06-631 2445 atau email ke baitulmahabbah@yahoo.com atau menghubungi wakil-wakil kami seperti berikut:

(a) Pn. Siti Hajar binti Ismail  : 018 - 310 3127
(b) Pn. Noraini bt. Yaakob       : 018 - 397 3727/ 011-10677346



Segala sumbangan, keprihatinan dan kerjasama dari pihak Tuan, kami dahulukan dengan jutaan terima kasih. Moga-moga usaha kecil ini mendapat nilaian di sisi Allah seterusnya menjadi saham untuk kita di akhirat nanti.



Sekian. Terima Kasih.



“Pendidikan dan Kebajikan Penyelesai Masalah Sejagat”



Yang benar,


(SITI HAJAR BT ISMAIL)
Setiausaha,
Pertubuhan Baitul Mahabbah
Negeri Sembilan.






***Untuk pengetahuan pihak Tuan, setiap sumbangan tunai melebihi, RM 1,000.00 ke atas layak menerima resit pengecualian cukai pendapatan dibawah naungan Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia didaftar dibawah seksyen 7, Akta Pertubuhan 1966 (No Pendaftaran 4700/09).